Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTaman Warisan Tasek Merimbun


Tasek Merimbun.jpg

 

Tasek Merimbun ialah sebuah taman warisan yang terletak di Daerah Tutong kira kira 70km dari ibu negara, Bandar Seri Begawan. Nama Tasek Merimbun berasal daripada seorang wira dalam cerita lisan puak Dusun yang bernama Imbun. 

Tasek Merimbun is a heritage park located in the Tutong District approximately 70km away from the capital, Bandar Seri Begawan. The name Tasek Merimbun originates from a Dusun folklore hero named Imbun.

Tasek Merimbun terbahagi kepada dua buah lekukan yang mempunyai keluasan 100 dan 120 hektar. Tasek Merimbun terkenal dengan air taseknya yang berwarna hitam disebabkan oleh proses semula jadi yang mana tannins meresap dari tumbuh-tumbuhan yang terjatuh ke dalam tasik.

Keseluruhan Taman Warisan Tasek Merimbun mempunyai keluasan sejumlah 7800 hektar.

The lake at Tasek Merimbun is divided into two depressions at 100 and 120 hectares. Tasek Merimbun is famous for its black water lake. The black water is caused by a natural process where tannins seep into the lake out of decomposed plant matter that has fallen in. Tasek Merimbun covers a complete area of 7800ha.

Kepelbagaian hutan di Tasek Merimbun meliputi Hutan Campuran Kaum Damar, Hutan Paya Gambut, Hutan Paya Air Tawar dan Hutan Sekunder. Spesimen hidup Kelawar Buah Kalung Putih (Megaerops wetmorei) telah ditemui sewaktu kajian di lapangan dijalankan pada tahun 1983 – 84.

The diverse forests at Tasek Merimbun include Mixed-dipterocarp Forest, Peat Swamp Forest, Freshwater Swamp Forest and Secondary Forest. During a field study conducted in 1983-84, a live specimen of the rare White-collared Fruit bat (Megaerops wetmorei) was discovered.

Tasek Merimbun merupakan Taman Warisan ASEAN yang terunggul di Negara Brunei Darussalam sejak 29 November 1984. Salah satu keistimewaan yang terdapat di Taman Warisan Tasek Merimbun ialah pelbagai spesies burung yang menghuni persekitaran tasik dan habitat semula jadinya seperti burung raja udang, likap, kenawai dan helang.

To date, Tasek Merimbun is Brunei Darussalam’s only ASEAN Heritage Park since 29 November 1984. One of the attractions at Tasek Merimbun Heritage Park are the diverse bird species that inhabit the surface of the lake and the natural surroundings around it such as kingfishers, hornbills, egrets and eagle.


Kompleks Taman Warisan Tasek Merimbun telah dibukakan kepada orang ramai pada tahun 2000. Ianya terdiri daripada:

The complex of Tasek Merimbun was officially opened to the public in 2000. The complex is made up of:

·     Balai Pameran / Exhibition Hall

·     Balai Serbaguna / Multi-purpose Hall (Balai Purun)

·     Makmal /  Laboratory

·     Rumah Tumpangan Penyelidik /  Researcher’s Quarters

·     Denai Banunih (650m) / Banunih Trail (650m)

·     Denai Botanikal Merimbun (1050m) / Merimbun Botanical Trail (1050m)

·     Taman Kulimambang (dirasmikan pada tahun 2012) / Butterfly Garden (opened in 2012)


BAHAGIAN ILMU KEJADIAN

Bahagian Ilmu Kejadian adalah salah satu bahagian akademik dalam Jabatan Muzium-Muzium sejak penubuhannya pada tahun 1965. Peranan bahagian ini ialah bagi menjalankan penyelidikan dan mengumpul bahan koleksi yang berkaitan dengan bidang alam semula jadi khususnya kepelbagaian bio di Negara Brunei Darussalam untuk membina sebuah koleksi fauna dan flora yang komprehensif. Bahagian Ilmu Kejadian juga berperanan dalam penyebaran ilmu menerusi aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi pengawetan haiwan dan tumbuh-tumbuhan disamping mengadakan pameran-pameran bagi menggalakkan orang ramai untuk mempelajari dan menghargai kepentingan alam semula jadi.


THE NATURAL HISTORY SECTION

The Natural History Section is one of the academic sections of the Museums Department since its inception in 1965. In line with one of its main roles which is to build up a comprehensive collection of fauna and flora; the Natural History Section conducts periodical research and collects items from the natural world in particular the biodiversity of Brunei Darussalam. The Natural History Section also plays a part in the dissemination of knowledge through activities such as demonstration in the art of animal and plant taxidermy as well as curating exhibitions to encourage the public to learn and appreciate the importance of nature.

MISI

“Melindungi Alam Semula Jadi dan Mengekalkan Kepelbagaian Bio Taman Warisan Tasek Merimbun”

MISSION

“To Protect the Environment and Sustain the Biodiversity of Tasek Merimbun Heritage Park”




KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEWAKAN

·  Balai Purun (Dewan Serbaguna) BND100.00 sehari

·  Rumah Tumpangan Penyelidik    BND25.00 sehari (Bilik Perseorangan)

                                                 BND30.00 sehari (Bilik Berpasangan)

FACILITIES AVAILABLE FOR HIRE

·     Multi-purpose Hall        BND100.00 per day

·     Researcher’s Quarters   BND25.00 per day (Single Room)

                                        BND30.00 per day (Double Room)

 



 


​TAMAN WARISAN TASEK MERIMBUN

TUTUP SEMENTARA 

TEMPORARILY CLOSED

 



ALAMAT

Taman Warisan Tasek Merimbun
Jalan Rambai Merimbun
Tutong

Lokasi TWTM.png






Dikemaskini 15 November 2022