07 Mac 2021 (Ahad) – Jabatan Muzium-Muzium melalui Arkib Negara Brunei Darussalam telah mengadakan satu penyelidikan mengenai “Pengambilan Pertama Askar Wanita di Negara Brunei Darussalam”.
Projek Penyelidikan ini dilaksanakan secara kolaboratif di antara Arkib Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Haji Muhammad Ruzaini bin Haji Mohd Daud, Pegawai Penyelidik bersama dengan dua orang mahasiswa/I dari Universiti Brunei Darussalam iaitu Dayang Hidayatul Aqeillah binti Abdul Md Noreswandy dan Awang Abdul Khalid Khan bin Awang Razali @ Mohammad Zahiruddin.
Bermula pada tahun 1981, seramai 22 orang telah berjaya menyertai Pengambilan Askar Wanita Pertama di Negara Brunei Darussalam.
Begitu banyak pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh para wirawati ini merangkumi latihan secara fizikal penuh mencabar, kursus akademik sama ada di dalam dan di luar negara.
Antara detik cabaran yang mereka lalui adalah berkhemah di hutan, Latihan berkawat, mengangkat kayu balak bahkan ada juga yang berhadapan dengan saat genting apabila terlibat semasa insiden 11 September di Amerika Syarikat.
Cabaran-cabaran yang dilalui mereka ini secara tidak langsung melatih mereka menjadi wanita yang lebih aktif dan berdisiplin.
Ada di antara mereka yang mengikuti kursus di Hawaii, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong dan sebagainya.
Semangat kerjasama dan setiakawan yang dimiliki oleh mereka tetap terjalin sehingga kini. Perkara ini jelas memperlihatkan wanita-wanita tempatan juga memiliki semangat yang cukup kental dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa.
#askarwanita #arkibnegara #hariantarabangsawanita #womenempowerment