MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA
Muzium Alat Kebesaran Diraja dirasmikan pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam, bersempena majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam menaiki takhta.
Rekabentuk bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja menggabungkan ciri-ciri konsep Melayu Islam Beraja dan mempamerkan alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja Negara Brunei Darussalam.
Terdapat empat buah galeri pameran iaitu:
Alat-Alat Kebesaran Diraja dalam Istiadat Perpuspaan
Galeri ini mempamerkan alat-alat kebesaran diraj yang digunakan semasa Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam pada 1 Ogos 1968. Kawasan ni juga mempamerkan Usongan Diraja yang telah digunakan sebagai kenaikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam.
Pameran Diraja
Galeri ini mempamerkan sejarah hidup Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam daripada zaman kanak-kanak sehingga Istiadat Perpuspaan Baginda. Gambar-gambar, objek-objek dan model bahan memperlihatkan secara kronologi kehidupan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam seperti latarbelakang pendidikan, aktiviti kesukanan dan Majlis Perkahwinan Diraja. Galeri ini juga mempamerkan alat-alat kebesaran diraja seperti Kucing Emas dan Tongkat Ajai.
Pameran Jubli Perak
Galeri ini mempamerkan perayaan-perayaan sambutan Jubli Perak sempena memperingati perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 Oktober 1992. Bahan yang dipamerkan ialah gambar-gambar, pita rakaman dan diorama semasa sambutan Jubli Perak termasuk istiadat perarakan diraja di Bandar Seri Begawan, istiadat mengadap dan persantapan di Istana Nurul Iman.
Pameran Jubli Emas: Lima Dekad di atas Takhta Kerajaan
Galeri ini dibuka bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun menaiki Takhta. Galeri ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam selama 50 tahun di bawah pemerintahan dan kepimpinan Kebawah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
MISI
“Untuk mempamerkan keindahan warisan diraja Negara Brunei Darussalam”