Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Teknologi Melayu

WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.38.jpeg


Muzium Teknologi Melayu dibuka rasmi pada 29 Februari 1988 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

The Malay Technology Museum was officiated on 29th February 1988 by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

Muzium ini mempamerkan pelbagai teknologi tradisi yang digunakan oleh penduduk tempatan di Negara Brunei Darussalam. Muzium ini banyak mempamerkan teknologi-teknologi tradisi yang digunakan oleh penduduk di Kampong Ayer dan masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan darat.

This museum shows different types of traditional technology that was used by the locals of Brunei Darussalam. Most of the traditional technology featured in this museum are used by the water villagers and those who live on land. 

Muzium Teknologi Melayu terdapat tiga galeri pameran iaitu:

There are three main galleries:

 

GALERI 1 | RUMAH TRADISI KAMPONG AYER

Galeri ini mempamerkan enam buah contoh rumah tradisional yang terdapat di Kampong Ayer dalam lingkungan akhir kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Evolusi penggunaan bahan-bahan binaan dapat dilihat melalui rekabentuk struktur binaan. Kesemua model-model rumah tersebut dapat menyediakan rekod pensejarahan kepelbagaian pengaruh-pengaruh bentuk binaan.

1. TRADITIONAL HOUSES OF THE WATER VILLAGE 

This gallery features six traditional houses that can be found in the water village during the late 19th century until mid-20th century. The evolution of the craftsmanship can be seen in the building structures. These house models provide a detailed record of various architectural influences.  

GALERI 2 | TEKNOLOGI TRADISI KAMPONG AYER

Mempamerkan kepelbagaian teknologi tradisi dan perusahaan-perusahaan yang terdapat di Kampong Ayer seperti alat menangkap ikan, tenunan, memburis perahu dan penuangan tembaga.

2. TRADITIONAL TECHNOLOGY OF THE WATER VILLAGE

This gallery features different types of traditional technology and cottage industries that were found in the water village such as fishing gears, weaving, boat-making and copper casting.

GALERI 3 | TEKNOLOGI TRADISI MASYARAKAT TEMPATAN DI KAWASAN DARAT

Galeri ini mempamerkan beberapa jenis teknologi tradisi yang digunakan oleh masyarakat tempatan seperti dalam perusahaan membuat sago, pemprosesan gula dan penanaman padi. Galeri ini juga mampamerkan contoh rumah tradisional etnik Dusun, Kedayan, rumah panjang etnik Murut dan pondok etnik Penan.

3. LOCAL TRADITIONAL TECHNOLOGY OF THE LAND SETTLERS 

This gallery displays the different type of traditional technology use by the locals living on land such as sago making, processes of sugar and harvesting rice. This gallery also displays replicas of traditional ethnic houses of the Dusun, Kedayan, Murut and Penan.  


MISI

“Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui pameran dan kajian”

 MISSION

" to improve the quality of learning experience through exhibitions and research"

  


 

 

WAKTU LAWATAN / OPENING HOURS

Sabtu hingga Khamis

Saturdays to Thursdays

9.00 a.m. - 5.00 p.m.

TUTUP / CLOSED

Jumaat / Fridays


NOTA / NOTE:

Pintu masuk akan tutup 30 minit sebelum lawatan berakhir

Last entry is at 4:30 pm


ALAMAT / ADDRESS :

Muzium Teknologi Melayu
Simpang 482
Kota Batu
Bandar Seri Begawan


Dikemaskini 15 November 2022