Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Daerah Belait

WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.36.jpeg

Bangunan ini di bina pada tahun 1938, di atas tanah berkeluasan enam ekar, pada mulanya merupakan tempat kediaman bagi Penolong Residen British sebelum dijadikan kediaman rasmi Pegawai Daerah Belait sehingga tahun 1990. Selain daripada tempat kediaman, bangunan ini mempunyai lakaran sejarah yang tersendiri iaitu pernah digunakan sebagai dewan santap semasa keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli ke Daerah Belait bersempena dengan hari keputeraan Baginda.

Konsep seni bina bangunan ini adalah gabungan di antara seni bina Melayu tempatan dengan seni bina kolonial.

Terdapat lima galeri pameran di dalam muzium ini; 
  • Galeri Warisan Budaya, 
  • Galeri Warisan Sejarah (Pentadbiran dan Perkembangan Daerah Belait), 
  • Galeri Warisan Sejarah (Minyak dan Gas), 
  • Galeri Warisan Alam Semula Jadi,
  • Galeri Sementara (untuk pameran berkala).

WAKTU LAWATAN

Sabtu - Rabu

9.00 pagi - 5.00 petang


WAKTU LAWATAN (BULAN RAMADAN)

Sabtu -Rabu

9.00 pagi - 3.00 petang


NOTA :

Pintu utama tutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir





mdb.jpg