| | 7 Oktober 2024M/3 Rabiulakhir 1446H Dalam menyambut Ulang Tahun ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah mengadakan Pameran Foto Diraja Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
|
|
| | 28 September 2024M/24 Rabiulawal 1446H
Seramai 178 orang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkesempatan untuk mengunjungi Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.
|
|
| | 28 September 2024M/24 Rabiulawal 1446H
Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti telah mengadakan Pertandingan Permainan Tradisi Pasang Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Tahun 2024 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
| | 28 September 2024M/24 Rabiulawal 1446H Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium hadir menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kepada pemenang-pemenang bagi Kejohanan Wushu Remaja Dunia Kali Ke-9 bagi acara Gunshu A Lelaki.
|
|
| | 26 September 2024M/22 Rabiulawal 1446H Yang Mulia Puan Dr. Lori Forman, Pemangku Timbalan Pengarah Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS) berserta rombongan berkesempatan untuk mengunjungi Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 25 September 2024M/21 Rabiulawal 1446H Yang Berbahagia Datin Ernie Irawati binti Rosli, Isteri kepada Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi berserta rombongan berkesempatan untuk mengunjungi Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 23 September 2024M/19 Rabiulawal 1446H Tuan Yang Terutama Paul T K Lam, Secretary of Justice of Hong Kong Special Administrative Region dan rombongan berkesempatan untuk berkunjung ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 19 September 2024M/15 Rabiulawal 1446H Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446 Hijrah di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
|
|
| | 12-19 September 2024M/8-15 Rabiulawal 1446H Bersempena dengan persediaan bagi Pertandingan Permainan Tradisi Pasang Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Bagi Tahun 2024 yang akan diadakan pada hujung bulan ini, Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan telah mengadakan bengkel bagi permainan tradisi tersebut.
|
|
| | 9 September 2024M/5 Rabiulawal 1446H
Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pentadbiran (Unit Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan) dan Bahagian Media dan Hubungan Luar mengadakan Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan yang mula berkhidmat dengan Jabatan Muzium-Muzium dari Tahun 2020.
|
|
| | 9 September 2024M/5 Rabiulawal 1446H Bersempena dengan lantikan baharu sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi dan rombongan mengadakan kunjungan hormat ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dan setersunya ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 5 September 2024/1 Rabiulawal 1446 Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie berserta rombongan berkunjung ke Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam pagi tadi.
|
|
| | 24 & 31 Ogos 2024M/19 & 26 Safar 1446H Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan turut serta didalam projek In:Stall @ Youth Hub.
|
|
| | 29 Ogos 2024M/24 Safar 1446H Bersempena dengan lantikan baharu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexandra Mckenzie mengunjungi Muzium Alat Kebesaran Diraja pada petang tadi.
|
|
| | 29 & 31 Ogos 2024M/24 & 26 Safar 1446H
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengendalikan program kepimpinan dan pembangunan kapasiti bertajuk Leading Harmonies Relationships in The Ministry Through Budi Pekerti.
|
|
| | 28-29 Ogos 2024M/23-24 Safar 1446H Jabatan Muzium-Muzium melalui Muzium Maritim Brunei Darussalam dengan kerjasama The Sydney Southeast Asia Centre (University of Sydney, Australia) telah mengelolakan Bengkel Penilaian Objek Muzium menggunakan metolodogi Significance 2.0.
|
|
| | 26 Ogos 2024M/21 Safar 1446H Tuan Yang Terutama Liu Ning, Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 18 Ogos 2024/13 Safar 1446 Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-Muzium telah menyertai dan menghadiri acara perlawanan 'JMM Funbowling Silaturahim 2024', yang bertempat di GoStrike Bowling Seria, Kuala Belait. Perlawanan tersebut merupakan anjuran yang kali ke-2 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Muzium-Muzium dan telah dilaksanakan melalui Bahagian Arkeologi & Monumen.
|
|
| | 11 Ogos 2024/06 Safar 1446 Untuk meraikan hari ke-78 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebuah pameran seni bertajuk "Kemilau Gemilang 78: Dari Hati ke Seni" akan diadakan di Muzium Teknologi Melayu mulai 11 Ogos hingga 15 September 2024.
|
|
| | 11 Ogos 2024/06 Safar 1446 Bersempena dengan lawatan kerja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Nguyen Khac Dinh, Naib Presiden Dewan Rakyat Republik Sosialis Viet nam dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
|
|
| | 01 Ogos 2024M / 26 Muharram 1446H Program Siri Arkeologi sesi terakhir bersempena Pameran Manik: 1000 Tahun telah diungkayahkan bertempat di Dewan Teater PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.
|
|
| | 21-31Julai 2024/15-25 Muharram 1446 Dua pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee) sesi ke-46 di New Delhi, India.
|
|
| | 26 Jun 2024 / 19 Zulhijjah 1445
Seramai enam orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-Muzium menerima Pingat Kerja Lama (P. K. L.)
|
|
| | 23 Jun 2024 / 16 Zulhijjah 1445 Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta rombongan mengadakan lawatan pada hari Ahad, 23 Jun 2024 ke Muzium Alat Kebesaran Diraja di sebelah petang.
|
|
| | 22 Jun 2024 / 15 Zulhijjah 1445 Siri Arkeologi sesi kedua menulusuri jalur perdagangan Borneo pada abad ke 10-19.
|
|
| | 20 Jun 2024M / 13 Zulhijjah 1445H Bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024, Jabatan Muzium-Muzium sekali lagi mengendalikan Aktiviti Kenali Arkeologi.
|
|
| | 13 Jun 2024 / 6 Zulhijjah 1445
Arkib Negara Brunei Darussalam melancarkan Pameran 40 Tahun Brunei: Penjelajahan Interaktif sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2024.
|
|
| | 13 Jun 2024 / 6 Zulhijjah 1445
Penuntut daripada IBTE, School of Hospitality and Tourism menyertai program Kenali Arkeologi
|
|
| | 12 Jun 2024/5 Zulhijjah 1445
Puan Yang Terutama, Nahida Rohman Shumona berkenan melawat Muzium Teknologi Melayu.
|
|
| | 12 Jun 2024/5 Zulhijjah 1445
Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan mengendalikan Program MuziumKu WarisanKu di Sekolah St. John's, Kuala Belait
|
|