Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Berita Muzium September - Disember 2019

Gema Gargabus 

Peranan dan fungsi institusi muzium kini telah berubah daripada sebelumnya. Perubahan itu adalah diakibatkan oleh selera, tanggapan, nilai dan keperluan audiensnya yang berubah menurut kehendak masa dan perubahan hidup. Kalau sebelumnya muzium hanya dianggap sebagai tempat penyimpanan barang-

barang masa lampau dan memenuhi waktu luang sahaja. Dewasa ini muzium sudah dianggap sebagai bahagian yang tidak dipisahkan daripada pendidikan. - Dato Paduka Haji Metussin bin Omar, Seminar Muzium sempena Hari Muzium Antarabangsa 2001.

Begitulah juga dengan terbitnya Berita Muzium bertujuan untuk menjadi salah satu medium pendidikan dan sumber maklumat kepada masyarakat. Pendokumentasian hasil penyelidikan, perkongsian maklumat hasil kursus, mesyuarat yang dihadiri oleh warga jabatan ini yang diterbitkan dalam majalah ini, akan menjadi salah satu sumber rujukan bagi generasi akan datang.

Oleh itu, keluaran kali ini mengongsikan betapa pentingnya fotograf atau gambar dalam pembuktian sejarah selain pendokumentasian. Ruang Liputan telah memuatkan artikel “Bengkel Memori Dunia: Program UNESCO bagi melindungi Dokumentari Warisan” yang dikendalikan oleh Arkib Negara Brunei Darussalam. Manakala Ruang Rencana telah memuatkan “Kepentingan Gambar sebagai Bahan Arkib bagi Rujukan Sepanjang Zaman”.

Akhir kalam, semoga pada tahun 2020, muzium dan arkib akan semakin berkembang maju selaras dengan era teknologi digital masa kini. Dalam era masyarakat digital, semoga kita masih dapat bersua lagi di keluaran akan datang, secara konvensional dan mungkin digital. Selamat menyambut Tahun Baru 2020.

Sekian, salam hormat dan Selamat membaca.

Erna Omar

Pegawai Penerbitan Jabatan Muzium-Muzium


Berita Muzium edisi September hingga Disember 2019 boleh dimuat turun melalui Berita Muzium Sept-Dis 2019.pdf


Attachments
Created at 10/13/2020 6:08 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 10/13/2020 6:14 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar