Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KHEU hadiri taklimat pengurusan rekod

Selasa, 05 Januari 2021 – Seramai 26 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri sesi Taklimat Pengenalan Arkib Negara Brunei Darussalam dan  Pengurusan Rekod di Teater, PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam. Taklimat itu telah disampaikan oleh Awang Haji Mohammad Ali bin Haji Awang Tundak, Pemangku Pegawai Arkib/ Penyelia Arkib.


5 Januari 2021 a.jpeg

Awang Haji Mohammad Ali bin Haji Awang Tundak, Pemangku Pegawai Arkib/ Penyelia Arkib, ketika menyampaikan taklimat pengurusan rekod.

Sesi taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod awam secara lebih bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.

Selain itu, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama itu juga turut dibawa melawat ke ruang kerja di Unit Pengurusan Rekod untuk melihat secara lebih dekat mengenai tatacara pengurusan rekod yang lebih tepat dan Dewan Penyelidikan di Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan bagi mengetahui koleksi bahan-bahan arkib yang boleh dirujuk bagi tujuan penyelidikan.

5 Januari 2020 b.jpeg

Antara pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang menghadiri sesi taklimat pengurusan rekod.


5  Januari 2020 c.jpeg

5 Januari 2021 e.jpeg


Attachments
Created at 1/9/2021 11:40 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/9/2021 11:40 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar