Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Balai Pameran Taman Warisan Tasek Merimbun tutup sementara

Rabu, 30 Disember 2020 - Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Balai Pameran di Taman Warisan Tasek Merimbun, Tutong akan ditutup sementara waktu bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan. 

Walaubagaimana pun, Taman Kulimambang dan denai-denai penerangan masih dibukakan untuk pengunjung mengikut jadual pembukaan de-escalation tahap 4 bagi muzium-muzium dan galeri di bawah kawalan Jabatan Muzium-Muzium iaitu setiap Selasa hingga Khamis, Sabtu dan Ahad antara jam 9 pagi hingga 2 petang. 

Taman Warisan Tasek Merimbun telah diisytiharkan sebagai sebuah Taman Warisan ASEAN pada 29 November 1984 dan kompleks yang ada pada masa ini telah dirasmikan pada tahun 2000. Selain daripada menjadi tempat beriadah, Taman Warisan Tasek Merimbun seringkali dikunjungi para penyelidik dari dalam dan luar negara bagi mempelajari fauna dan flora yang terdapat di taman warisan tersebut. Beberapa spesies endemic telah ditemui seperti sejenis labah-labah yang telah dinamakan sempena tempat ianya diperolehi iaitu mallinella merimbunenis.


Attachments
Created at 1/4/2021 10:30 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/4/2021 10:30 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar