Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Aktiviti Mengelupis bersama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN)

Ahad, 15 November 2020 - Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, melalui Bahagian Pentadbiran, Media dan Hubungan Luar dan Penyelenggaraan Estet dan Persatuan Warisan Kedayan Jerudong mengadakan aktiviti mengelupis.

Tujuan aktiviti mengelupis ini diketengahkan adalah:

1. untuk mengenalkan warisan ini kepada generasi muda khususnya dari penyediaan bahan-bahan, mengelupis, menjalin dan tatacara memasak (mendadih).

2. Menunjukkan aktiviti bergotong-royong atau memucang-mucang yang dilaksanakan antara Jabatan Muzium-Muzium dan Persatuan Warisan.

3. Memberi kesempatan kepada golongan muda dan kanak-kanak untuk merasai makanan kelupis dan pelbagai jenis kuih tradisi puak Kedayan.

Selain itu juga, Persatuan Warisan juga turut mempromosikan hasil kraftangan puak Kedayan termasuk jenis-jenis kuih-muih yang ada, dimasak menggunakan teknik yang telah diwarisi dari nenek moyang.

Hadir selaku tetamu kehormat, Dr Siti Norkhalbi binti Hj Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Muzium, Pg Hjh Mahani binti Pg Hj Ahmad. 

PK admin 4.jpeg

Turut hadir, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pegawai Daerah Brunei dan Muara dan Pengerusi Persatuan WARISAN, Awang Abdul Hamid bin Abas dan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi persatuan.

Tetamu yang hadir diundang untuk mengelupis terlebih dahulu dan setelah itu menjalin kelupis-kelupis berkenaan mengikut teknik khusus. Sebelum itu, Persatuan WARISAN telah memasak atau mendadih bahan-bahan berkenaan dengan menggunakan teknik lama iaitu dengan kawah atau perimpanan, menggunakan kayu api, tiang yang dinamakan tungku agar rasa makanan adalah seperti aslinya.  Setelah menjalin, kelupis kemudian dikukus menggunakan ‘daram’ atau lebih dikenali dengan tong besi, tetapi masa ini menggunakan panci besar.

Pk Admin 6.jpeg

​Persatuan Warisan Kedayan Jerudong, WARISAN ditubuhkan bertujuan untuk menyatupadukan semula masyarakat Kedayan Kampung Jerudong dan waris-waris Kedayan Jerudong yang telah bermastautin di daerah-daerah dan kampung-kampung lain di negara ini.

Attachments
Created at 11/16/2020 4:13 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 11/16/2020 4:13 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar