Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kempen Kebersihan dan Penanaman Pokok Buah di Muzium Maritim Brunei Darussalam dan sekitarnya

Isnin, 12 Oktober 2020 - Jabatan Muzium-Muzium mengadakan kempen kebersihan dan penanaman pokok buah di Muzium Maritim Brunei Darussalam dan sekitarnya didahului oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pokok 3.jpeg

Turut hadir, Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausahah Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pengarah-pengarah dari jabatan-jabatan kerajaan dan pemangku Ketua Kampong Pelambayan.

Sebelum acara dimulakan, Yang Berhormat Dato Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dibawa untuk memprebiu sudut cerap dan Galeri Tapak Warisan Arkeologi di Muzium Maritim. 

Pokok 4.jpeg

Pokok 5.jpeg

Acara seterusnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Muzium, Pg Hjh Mahani binti Pg Hj Ahmad, yang menjelaskan tujuan mengadakan majlis pada petang ini, antara lainnya selain daripada membisaikan dan mencantikkan kawasan persekitaran, juga meningkatkan pembangunan kapasiti JMM dalam mempelajari sesuatu diluar bidang melalui ‘environmental education’, sekaligus mempraktikan budaya bergotong-royong. 

Sebanyak 177  pokok buah dan bunga di tanam di kawasan Muzium Maritim Brunei Darussalam dan sekitarnya, sebahagian daripadanya adalah sumbangan daripada Stesen Penyelidikan Pertanian Birau, Tutong, Jabatan Pertanian dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Pokok 9.jpeg

Pokok 6.jpeg

Pokok 7.jpeg

Pokok 12.jpeg

Pokok 13.jpeg

Pokok 14.jpeg

Maklumat Tambahan

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan berangkat menyempurnakan perasmian muzium berkenaan pada 23 Mac 2015.

Muzium Maritim Brunei Darussalam merupakan repositori sejarah maritim yang mengandungi peninggalan artifak dan pertukangan maritim dari berbagai era. Terdapat 3 galeri iaitu :- Galeri Kapal Karam Brunei, Galeri Kegemilangan Maritim Brunei, Galeri Tapak Warisan Arkeologi.

Dari pembukaan muzium berkenaan, seramai 140,774 pengunjung telah melawat Muzium Maritim Brunei Darussalam dan 55% daripada pengunjung terdiri daripada pelawat negara asing.


Attachments
Created at 10/13/2020 7:21 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 10/13/2020 7:21 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar