Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Mengetahui mengenai Arkib

​Selasa, 06 Oktober 2020 – Seramai 43 orang pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah menghadiri sesi Taklimat Pengenalan Arkib Negara Brunei Darussalam dan  Pengurusan Rekod di Teater, PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam. Taklimat itu telah disampaikan oleh Awang Zulhilmi Mohd Zain, Pegawai Arkib.

KHEU 3.jpeg

Sesi taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod awam secara lebih bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.

KHEU 1.jpeg

Selain itu, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama itu juga turut dibawa melawat ke ruang kerja di Unit Pengurusan Rekod untuk melihat secara lebih dekat mengenai tatacara pengurusan rekod yang lebih tepat dan Dewan Penyelidikan di Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan bagi mengetahui koleksi bahan-bahan arkib yang boleh dirujuk bagi tujuan penyelidikan.

KHEU 5.jpeg

Attachments
Created at 10/8/2020 6:13 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 10/8/2020 6:15 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar