Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Tajikistan ke MAKD

09 Februari 2020, Ahad - Muzium Alat Kebesaran Diraja menerima lawatan daripada Tuan Yang Terutama Sirojiddin Muhriddin, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Tajikistan dan rombongan. 

Tuan Yang Terutama Sirojiddin Muhriddin disambut oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Puan Nor Masitirena bt Hj Suhaini. Penerangan disampaikan oleh Dayang Hakimah binti Sufian selaku Pengurus Muzium Alat Kebesaran Diraja. 

MAKDvisit3.jpeg

MAKDvisit2.jpeg

Tuan Yang Terutama turut menandatangani buku pelawat.

Muzium Alat Kebesaran Diraja mempunyai 4 galeri utama khusus mempamerkan Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1968 termasuk Alat-Alat Kebesaran Diraja dan perkembangan Negara Brunei Darussalam sepanjang 50 tahun pemerintahan Baginda Sultan. 

Muzium Alat Kebesaran Diraja telah memenangi Anugerah Best Attraction Award oleh Asia Travel and Tourism dan TripAdvisor Certificate of Excellence 2012. 

Muzium Alat Kebesaran Diraja buka setiap hari antara jam 9 pagi hingga 4:30 petang kecuali Jumaat, tutup antara jam 11:30 pagi hingga 2:30 petang. Masuk adalah percuma.


09 February 2020, Sunday -  The Royal Regalia Museum welcomes His Excellency Mr Sirojiddin Muhriddin, Minister of Foreign Affairs of the Republic of Tajikistan and delegates. 

To welcome His Excellency at the museum was Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Permanent Secretary at the Ministry of Culture, Youth and Sports and Nor Masitirena binti Haji Suhaini, Acting Director of Museums Department. 

A tour of the museums was led by Hakimah bt Sufian, the manager of the Royal Regalia Museum. 

There are four main galleries exhibiting the Coronation of His Majesty in 1968, important regalias and the developmet of Brunei Darussalam during the reign of His Majesty.

The museum won the Best Attraction Award by Asia Travel and Tourism and TripAdvisor Certificate of Exellence in 2012.

The Royal Regalia Museum is open to the general public daily between 9am to 5pm  except on Fridays, the museum is closed between 11:30 to 2:30pm. 

Attachments
Created at 2/9/2020 3:08 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/9/2020 3:10 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar