Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Bengkel Memori Dunia : Program UNESCO bagi melindungi dokumentari warisan

Rabu, 18 September 2019 - Arkib Negara Brunei Darussalam, Jabatan Muzium-Muzium telah mengendalikan bengkel yang disampaikan oleh Dr Lim Ming Kuok, UNESCO Secretariat, Jakarta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang Program Memory of the World.  

Hadir untuk mengikuti bengkel setengah hari ini ialah Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Awang Amirul Syukri bin Haji Hafneh yang turut memberikan ucapan alu-aluan. 

MOW1.jpeg

Turut hadir adalah pegawai dan kakitangan daripada Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan dan institusi-institusi Pendidikan Tinggi.

Bengkel ini memperkenalkan tentang Program Memory of the World (MOW) yang telah dilancarkan oleh UNESCO pada tahun 1992 adalah program antarabangsa bertujuan untuk menjaga dan memelihara serta memberi kemudahan akses kepada penggunaan dokumen-dokumen warisan.  Dr Lim juga menyampaikan tujuan maklumat tentang MOWCAP, komiti untuk rantau Asia dan Pasifik yang telah ditubuhkan pada tahun 1998, menjadi satu ruang khusus untuk program MOW.

Program MOW berperanan dalam melindungi, memelihara dan mendokumentasikan kenangan warisan dunia secara kolektif. Program ini adalah kesan daripada dorongan kesedaran yang semakin meningkat mengenai pemeliharaan dan akses kepada dokumentari warisan di seluruh dunia. MOWCAP mengekalkan dan mengiktiraf warisan dokumentari yang mempunyai kepentingan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. 

Salah satu contoh bahan yang telah di inskripsi dalam Memory of the World adalah Al-Masaalik wa Al-Mamaalik yang merupakan sebuah buku geografi, ditulis oleh seorang Arab bernama Mohammad Farsi Istakhri pada abad ke-10 yang menerangkan tentang keadaan sosio-ekonomi, budaya dan politik negara-negara islam dari India hingga Afrika. Buku tersebut merupakan manuskrip Arab tertua, dan translasi Persia tertua yang telah didaftarkan di MOWCAP. Bahan-bahan lain termasuklah filem klasik Asian, gambar-gambar, buku daftar imigrasi, Mushaf, catatan dan persuratan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOWCAP, sila layari laman sesawang http://mowcapunesco.org


Attachments
Created at 9/18/2019 7:35 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/20/2019 2:12 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar