Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pertandingan Permainan Tradisi Pasang Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Bagi Tahun 2024

28 September 2024M/24 Rabiulawal 1446H

Sebagai salah satu usaha dalam menyebarkan dan mengangkat martabat permainan tradisi Pasang sebagai permainan warisan negara di kalangan penuntut-penuntut sekolah menengah, Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti telah mengadakan Pertandingan Permainan Tradisi Pasang Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Tahun 2024 di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Seramai 17 buah sekolah menengah dari seluruh negara telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan Permainan Tradisi Pasang 2024 pada kali ini mempunyai satu kategori perlawanan iaitu Kategori Terbuka Berkumpulan yang telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah terdiri daripada tahun lapan (8), sembilan (9), dan sepuluh (10).

Peringkat saringan telah dijalankan pada sebelah pagi hari ini manakala peringkat akhir dijalankan pada sebelah petang. Sekolah Menengah Sayyidina Hasan menjadi Juara pertandingan, manakala Naib Juara pula disandang oleh Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba dan Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri telah mendapat tempat Ketiga di pertandingan ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, Ahli Mesyuarat Negara. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.​

As part of an effort to spread and raise the prestige of the traditional game Pasang as one that is of national heritage among secondary school students, the Museums Department, Ministry of Culture, Youth and Sports through the Education and Publishing Section and in collaboration with the Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education through the Arts and Creativity Division held the 2024 National Secondary Schools Traditional Game of Pasang Competition at Dewan Digadong, Ministry of Culture, Youth and Sports.

A total of 17 secondary schools nationwide participated in this competition. The 2024 Pasang Traditional Game Competition has one category, namely the Group Open Category, and is participated by secondary school students from years eight (8), nine (9), and ten (10).

The preliminary rounds were carried out in the morning, and the final round was carried out this afternoon. Sayyidina Hasan Secondary School was crowned Champion of the competition, while Runner-Up went to Sultan Haji Hassanal Bolkiah Arabic School and Pehin Datu Seri Maharaja Secondary School, Mentiri was Third in this competition.

Present as the guest of honour for this ceremony was Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, Member of The Legislative Council. Also present was Yang Mulia Dayang Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Deputy Permanent Secretary (Culture), Ministry of Culture, Youth and Sports.

Pasang sekolah menengah tahun 2024 a.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 b.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 c.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 d.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 e.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 f.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 g.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 h.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 i.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 j.jpeg

​Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, tempat pertama bagi pertandingan ini. / Sayyidina Hasan Secondary School was crowned champion.

Pasang sekolah menengah tahun 2024 k.jpeg

Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah Rimba, naib juara / Sultan Haji Hassanal Bolkiah Arab School Rimba was the runner-up.

Pasang sekolah menengah tahun 2024 l.jpeg

​Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri di tempat ketiga. / Pehin Datu Seri Maharaja Secondary School, Mentiri was in the third place.

Pasang sekolah menengah tahun 2024 m.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 n.jpeg

Pasang sekolah menengah tahun 2024 o.jpeg

Attachments
Created at 9/30/2024 3:34 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 9/30/2024 3:34 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi