Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

'Kenali Arkeologi' Sesi Ke-2

‚Äč20 Jun 2024M / 13 Zulhijjah 1445H

Bersempena dengan sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2024, Jabatan Muzium-Muzium sekali lagi mengendalikan Aktiviti Kenali Arkeologi. Penuntut dari Sekolah Rendah Pintu Malim & Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin, Sg. Besar telah menyertai Program Aktiviti 'Kenali Arkeologi' yang diungkayahkan oleh Bahagian Arkeologi & Monumen bersama Bahagian Pembelajaran & Penerbitan. Seramai lebih 80 orang penuntut telah turut serta dalam program aktiviti tersebut.

Antara aktiviti yang dimuatkan adalah lawatan berpandu ke semua galeri di Muzium Maritim Brunei Darussalam, Kuiz Celik Muzium (edisi penuntut sekolah rendah) dan Peraduan mewarna juga terkandung dalam program tersebut.

Pameran mini kesedaran mengenai bidang dan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Bahagian Arkeologi & Monumen juga telah dipamerkan. Ini diiringi dengan beberapa aktiviti sampingan seperti : ceramic puzzles, word puzzles dan aktiviti mewarna.

Program tersebut telah dilaksanakan pada sebelah pagi bermula jam 9.00 pagi hingga 11.15 pagi dan bertempat di Muzium Maritim Brunei Darussalam.

Kenali Arkeologi 20624 a.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 b.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 c.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 d.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 e.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 f.jpeg 

Kenali Arkeologi 20624 g.jpeg

Attachments
Created at 6/28/2024 8:30 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/28/2024 8:30 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi