Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Muzium Alat Kebesaran Diraja terima lawatan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Republik Ghana

8 Jun 2024 / 1 Zulhijjah 1445

Bersempena dengan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam, Yang Berhomat Shirley Botchwey, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Integrasi Serantau, Republik Ghana dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja petang tadi. 

Ketibaan Yang Berhormat Shirley Botchwey dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.

Terdahulu, rombongan Yang Berhormat diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian beredar ke galeri-galeri yang ada di Muzium tersebut dipandu oleh Pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium. Seterusnya Yang Berhormat menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar ramai.


Attachments
Created at 6/11/2024 8:52 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/11/2024 8:52 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi