Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Pelancaran Pameran Imbauan Silam dan Sekarang

​5 Jun 2024/27 Zulkaedah 1445

Pameran Imbauan Silam dan Sekarang poster.jpeg

Dalam usaha untuk memberikan pendedahan kepada pelukis tempatan menunjukkan bakat mereka sekaligus memberi sokongan kepada peminat seni dari dalam dan luar negeri, Jabatan Muzium-Muzium melalui Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja mengadakan Pameran Imbauan Silam Dan Sekarang oleh Yang Mulia Dayang Huifong Ng selaku artis solo jemputan. Majlis Pelancaran bagi pameran ini diadakan pada sebelah petang di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.

Pameran Imbauan Silam dan Sekarang a.jpeg

Pameran Imbauan Silam dan Sekarang atau Calls of the Past and Present ini bergenre lukisan kontemporari dakwat cina. Sebanyak 33 lukisan dipamerkan dan sebahagiannya dibukakan untuk jualan. Pameran ini akan membawa pengunjung menelusuri perjalanan hidup masyarakat Brunei semasa negara ini mula berkembang maju bermula tahun 1950-an hingga sekarang. Antara lukisan yang diberikan signifikan adalah lukis semasa Al-Marhum Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mengisytiharkan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984. 
Pameran Imbauan Silam dan Sekarang b.jpeg
Pameran Imbauan Silam dan Sekarang c.jpeg

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Huifong Ng yang menyentuh tentang makna Imbauan Silam dan Sekarang. Lukisan-lukisan yang dihasilkan merupakan kiasan masa silam dan pengunjung yang hadir menyaksikan lukisan-lukisan tersebut pula merupakan kiasan masa sekarang. Interaksi antara pengunjung dan lukisan-lukisan ini diharapkan dapat memberikan impak kepada setiap pengunjung tentang warisan budaya dan sejarah negara. 
Pameran Imbauan Silam dan Sekarang d.jpeg
Pameran Imbauan Silam dan Sekarang e.jpeg
Satu lukisan menggambarkan suasana semasa Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun disumbankan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh Yang Mulia Dayang Huifong Ng.
Pameran Imbauan Silam dan Sekarang f.jpeg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah duta-duta negara dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi negara ke Brunei Darussalam. Pameran ini akan berlangsung selama tiga (3) minggu bermula Rabu, 5 Jun 2024 sehingga Khamis, 27 Jun 2024 dan dibukakan untuk kunjungan orang ramai di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, setiap Sabtu hingga Khamis, jam 9.00 pagi hungga 5.00 petang. 


Attachments
Created at 6/7/2024 3:14 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/7/2024 3:14 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi