23 April 2024/13 Syawal 1445
Seramai 120 orang murid Tahun 2 dan beberapa orang guru dari Sekolah Seri Mulia Sarjana mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam.
Pihak Jabatan melalui Bahagian Arkeologi dan Monumen & Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan menyediakan beberapa aktiviti seperti:-
1. Discover Archeology- aktiviti simulasi penggalian/ekskavasi, pengenalan dalam kerja bidang arkeologi, lawatan ke Tapak Kompleks KB1 dan aktiviti menyelesaikan 'puzzle'
2. Permainan tradisi melayu Brunei seperti Salok-Salokan, Tilu-Tilan, Galang Gatah dan lain-lain.
3. Jualan buku terbitan Jabatan Muzium-Muzium.