Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bengkel Asas Pemuliharaan Manuskrip dan Proses Penjilidan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 22 Januari – Dalam usaha untuk memberi pendedahan, kefahaman, kesedaran serta penyebaran maklumat tentang kerja dan kaedah pemeliharaan kertas manuskrip dan penjilidan, Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan dan Arkib Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Bengkel Asas Pemuliharaan Manuskrip dan Proses Penjilidan pagi ini di Dewan Teater PM Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.

Majlis Perasmian dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium yang menyentuh tentang faedah bengkel kepada para peserta iaitu antaranya, memberi pendedahan serta kefahaman dalam aspek-aspek berkaitan pemuliharaan dan penjilidan, dan juga kesedaran bahawa kerosakan manuskrip di jabatan-jabatan dan bahagian masing-masing akan dapat dipulihara.

Bengkel ini berlangsung selama 5 hari bermula pada Isnin, 22 Januari 2024 sehingga 27 Januari 2024. Para peserta akan diberikan pendedahan tentang latihan asas secara teori dan praktikal tentang kaedah pemeliharaan kertas dan penjilidan sekaligus mewujudkan kefahaman dan kesedaran serta penyebaran maklumat tentang tugas-tugas yang menjurus kepada kerja-kerja pemuliharaan terhadap bahan koleksi yang bernilai khususnya manuskrip.

Para peserta juga berkesempatan untuk mengunjungi beberapa institusi lain yang juga mengendali dan menjaga bahan manuskrip seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Pengkajian Borneo (penBorneo), Pusat Sejarah Brunei.

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 15 jabatan-jabatan kerajaan menyertai bengkel ini. Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan majlis perasmian ini ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

BASIC MANUSCRIPT CONSERVATION AND BINDING PROCESS WORKSHOP

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 22 January– In an effort to provide exposure, understanding, awareness and dissemination of information about the scope and methods of preserving manuscript paper and binding, the Department of Museums through the Conservation section and the National Archives of Brunei Darussalam held an opening ceremony for the Basic Manuscript Conservation and Binding Process Workshop this morning at the PM Sharifuddin Theatre, National Archives of Brunei Darussalam building.

The opening ceremony began with a welcoming remarks from Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Acting Director of the Museum who touched on the benefits of the workshop to the participants, which include, providing exposure and understanding in aspects related to conservation and binding, and also an awareness that a damaged manuscript are able to be restored.

This workshop will last for 5 days starting today, 22 January 2024 until 27 January 2024. The participants will be given exposure to basic theoretical and practical training on paper preservation and binding methods as well as creating understanding and awareness while disseminating information about tasks that involve conservation of valuable collection materials, especially manuscripts.

Participants will also have the opportunity to visit several other institutions that handle and care for manuscript materials such as The Language and Literature Bureau (Dewan Bahasa dan Pustaka) and the Borneo Research Centre (penBorneo).

A total of 45 participants from 15 government institutions participated in this workshop. Present as the guest of honor and officiating the opening ceremony was Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Acting Permanent Secretary (Culture), Ministry of Culture, Youth and Sports.



Attachments
Created at 1/23/2024 2:13 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/29/2024 1:34 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi