Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Pelancaran Pameran Solo "Kehidupan Dalam Seni / A Life in Art" - Dato Paduka Haji Haini bin Haji Hashim

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 9 Januari – Dalam usaha untuk mendukung pembangunan industri kreatif, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Muzium-Muzium pagi tadi telah mengadakan majlis pelancaran Pameran Solo pertama yang menampilkan karya seni Dato Paduka Haji Haini bin Haji Hashim di Galeri 4, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja. 

Lebih daripada 150 lukisan dipamerkan dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Impressionism, Realism dan Abstrak. 

Galeri Seni, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelukis tempatan, sekaligus menjadi pemangkin bagi bidang seni khususnya seni lukisan agar lebih berkembangmaju dan memperkembangkan industri kreatif Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti sampingan bertajuk 'Bicara Seni' akan diadakan untuk mengasah minat belia dan peserta bengkel dapat mempelajari asas menggunakan akrilik dalam seni lukisan.

Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium yang menyentuh mengenai keupayaan bidang seni boleh dijadikan kerjaya dan terdapat ruang untuk mengongsikan hasil karya disediakan melalui Galeri 4, Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.  Dengan adanya ruang dan peluang seperti ini diharap dapat memperkembangkan lagi industri kreatif Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat. Majlis juga diteruskan dengan penyerahan kutipan dana tabung kemanusiaan rakyat Palestine di Gaza 2023 sebanyak Dua Ribu Dua Ratus Tiga Puluh Satu Ringgit Brunei (B$2,231.00) hasil dari pameran dan jualan amal senilukis anjuran Zakaria Omar Arts Foundation. 

Pameran bertajuk 'Kehidupan Dalam Seni / A life in Art' dibukakan untuk kunjungan orang setiap hari mulai pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang kecuali hari Ahad; 8:30 pagi hingga 4:30 petang dan ditutup pada hari Jumaat sehingga 31 Januari 2024.

Pameran Solo Dato Haini 1.jpg

Pameran Solo Dato Haini 2.jpg

Pameran Solo Dato Haini 4.jpgPameran Solo Dato Haini 5.jpg

Attachments
Created at 1/10/2024 5:47 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 1/10/2024 5:51 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi