Sabtu, 5 Ogos 2023 - Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Majlis pelancaran Pesta Buku telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Perpaduan.
Jabatan Muzium-Muzium menyertai Pesta Buku tahun ini dengan membawakan 6 tajuk baharu yang merupakan cerita pendek daripada terbitan Pertuturan dan telah dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris.

Reruai Jabatan Muzium-Muzium boleh ditemui di nombor 34, dan selain daripada jualan terbitan, Jabatan Muzium-Muzium turut menyediakan aktiviti sampingan berjadual.

Pesta Buku Brunei diadakan selama 10 hari, bermula pada hari Sabtu hingga Isnin, 5 hingga 14 Ogos, pukul 8:30 pagi hingga 9:30 malam dan hari Jumaat, pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi, 2:30 petang hingga 9:30 malam.