Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan Puan Naly Sisoulith ke Muzium Alat Kebesaran Diraja

Rabu, 26 Oktober 2022 -  Muzium Alat Kebesaran Diraja menerima kunjungan daripada isteri Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Puan Naly Sisoulith. 

Puan Naly Sisoulith disambut oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap dan Yang Mulia Puan Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Hj Ahmad, Timbalan Pengarah Muzium. 

Antara galeri yang dikunjungi ialah Galeri Perpuspaan (1968) dan Galeri Pameran Diraja dan seterusnya menandatangani lembaran kenangan sebelum bergambar ramai. 




Attachments
Created at 10/31/2022 10:29 AM by Hj Mahrin Bin Hj Abas
Last modified at 10/31/2022 10:29 AM by Hj Mahrin Bin Hj Abas