Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tapak Industri Getah Labu Estate, Temburong

Majlis Pelancaran Projek Penyelidikan dan Pemuliharaan Tapak Industri Getah Labu Estate, Fasa I telah diadakan pada 12 Jun 2007. 

Kerja-kerja membaikpulih/memulihara tapak Industri Getah Labu Estate dan seterusnya kerja-kerja rekonstruksi bangunan seperti gudang basah, gudang kering, rumah janakuasa elektrik, pejabat pengurus, tempat beduk, rumah asap telah dilaksanakan.

Kemudahan  infrastruktur seperti pondok rehat dan 'walkway' bagi kemudahan orang awam juga turut disediakan.

Tapak Industri  Getah Labu Estate telah dilancarkan pada 5 Ogos 2010 oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Afero Eswandy bin Haji Muhammad; sebagai Open Site Museum untuk kunjungan orang ramai dan penuntut sekolah.  

Labu Estate terletak di Daerah Temburong iaitu 16km dari Pekan Bangar.  Tapak Industri Getah Labu Estate telah diwartakan pada tahun 2006 di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967 dengan keluasan lebih kurang 9 ekar.  Tinggalan perusahan getah di Labu Estate masih banyak ditemukan di negara ini berbanding di tapak-tapak yang lain.    

Tapak tersebut sekarang mempunyai tiga (3) Zon : 

📌 Zon 1 :
Kawasan Peninggalan Bangunan-Bangunan Lama & peralatan dan perkakas lama yang digunakan untuk perusahan getah 

📌 Zon 2 :
Kawasan bekas tapak Rumah Pengurus Getah & struktur peninggalan Kolam Besar kepunyaan Pengurus Getah 

📌 Zon 3 :
!! BAHARU !!
Struktur peninggalan bekas mainhole lama, tangki lama, struktur tiang, paip lama, besi bekas pagar & peninggalan atap yang telah lama tertimbus 

Berkunjunglah ke Tapak Peninggalan Industri Getah Labu Estate untuk melihat lebih dekat peninggalan-peninggalan yang masih terdapat di tapak tersebut.


Attachments
Created at 2/9/2022 8:38 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/9/2022 8:38 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar