Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
Pelaksanaan De-Escalation tahap 4 bagi muzium-muzium, galeri-galeri dan taman

​Khamis, 13 Ogos 2020 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui kenyataan medianya memaklumkan pelaksanaan de-escalation tahap 4 bagi muzium, galeri dan taman dalam kawalan kementerian melalui Jabatan Muzium-Muzium yang akan bermula pada Isnin, 17 Ogos 2020.

Ianya dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti tidak melebihi 100 orang dalam satu masa tertakluk kepada kapasiti ruang berkenaan.

Orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi garispandu Kementerian Kesihatan khususnya dalam mengamalkan tanggungjawab sosial (social responsibility), penjarakkan fizikal (physical distancing), serta memastikan kebersihan diri dan persekitaran pada setiap masa demi memastikan keselamatan semua pihak. Pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan penggunaan applikasi BruHealth untuk tujuan pendaftaran dan mengimbas kod QR apabila masuk dan keluar setiap pusat dan fasiliti adalah terus dilaksanakan.



Attachments
Created at 8/15/2020 5:07 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/15/2020 6:29 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar