Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS IBADAH KORBAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA BAGI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BAGI TAHUN 1441H / 2020M

Bandar Seri Begawan, Isnin, 03 Ogos 2020 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Ibadah Korban dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidil ‘Adha bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Pengagihan daging-daging korban telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis tersebut juga dilaksanakan di dua tempat berasingan secara serentak untuk mengambil kira langkah berjaga-jaga dan perlaksanaan de-escalation Covid-19 iaitu di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pusataka, Berakas yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) dan di Dewan Teater, Arkib Negara Brunei Darussalam, Jabatan Muzium-Muzium yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap.

korban 3.jpeg


korban 3.jpeg


korban 4.jpegSebanyak 7 ekor sapi telah dikorbankan pada tahun ini. Seramai 359 orang yang terdiri dari golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menerima daging-daging korban berkenaan. Manakala bagi pengagihan daging-daging korban ke rumah-rumah di ke empat-empat daerah adalah seramai 179 orang.

Majlis dimulakan dengan laungan takbir yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Abd Halim bin Haji Fuad, Tenaga Pengajar Al-Quraan, Jabatan Belia dan Sukan.

Aidiladha dan Ibadah Hari Tasyriq antara lainnya mendidik jiwa untuk berserah sepenuhnya kepada kekuasaan Allah subhanahu wata’ala, sifat taqwa, redha dan melahirkan rasa syukur kepada-Nya.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyrakatan) dan Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiuasaha Tetap (Kebudayaan), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.



Attachments
Created at 8/3/2020 7:52 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/3/2020 7:52 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar