Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Penyampaian Sijil bagi Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 8

4 Mei 2024 / 24 Syawal 1445

Dk Noratul Ain Pg Musa, Pegawai Etnologi dari Bahagian Etnografi, Jabatan Muzium-Muzium telah berjaya menamatkan Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 8 selama 12 minggu dari bulan September hingga Disember tahun 2023.

Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 8 ini adalah sebuah program yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam bertujuan untuk memperkukuhkan kebolehan pemimpin-pemimpin masa hadapan bagi memenuhi keperluan awam yang sentiasa berubah.

Majlis penyampaian sijil bagi YEP Kohort 8 telah diadakan pada 4hb Mei 2024 bertempat di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.

Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 8 a.jpeg

Dk Noratul Ain Pg Musa, Pegawai Etnologi dari Bahagian Etnografi, Jabatan Muzium-Muzium (tiga dari kiri)


Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort 8 b.jpeg

Attachments
Created at 5/7/2024 8:59 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 5/7/2024 8:59 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi