The Government of Brunei Darussalam

Brief History | Logo | Background | Sections | Legislation | Buildings | Info | Info Heritage Memberships | Publications | Services | Who's Who | Related Sites | Search | Feedback

 

 
 

 

LATEST NEWS & ACTIVITIES NEW ANNOUNCEMENT
 

    

 

                     New!!! / Baru!!!           
 

 

 
 

SUMBANGAN BAHAN PAMERAN DAN KRAFTANGAN NEGARA MYANMAR

 
     
 

 

Khamis, 23 Julai 2009, Jabatan Mzuium-Muzium telah menerima sumbangan bahan-bahan pameran daripada Negara Myanmar. Sebanyak 13 bahan telah disumbangkan dan diserahkan oleh Duta Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Thura Thet Oo Maung kepada Pengarah Muzium-Muzium, Awang Bantong bin Antaran.

Penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Bilik VVIP, Galeri 6, Bangunan Muzium Brunei, Kota Batu yang dihadiri oleh beberapa pegawai Jabatan Muzium-Muzium dan wakil pihak Kedutaan Myanmar di Negara ini.

Sumbangan bahan-bahan tersebut adalah sebagai tambahan koleksi untuk pameran ASEAN Corner sebagai satu pendedahan kepada pelawat tempatan dan luar Negara untuk mengetahui dan memahami mengenai seni budaya Myanmar.

Kesemua bahan-bahan tersebut telahpun dipamerkan di ASEAN Corner yang antaranya mengandungi alat muzik tradisi, koleksi anak patung etnik-etnik Myanmar, pakaian tradisi, serta alat perkakas dapur diperbuat daripada buluh.

Pameran ASEAN Corner mula dilancarkan sempena  memperingati ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN seperti yang diputuskan di mesyuarat ke-8 Sub-Committee Culture, ASEAN COCI pada 23-24 November 2006 di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pameran ini bertujuan untuk merakamkan sebahagian daripada keunikan negara-negara ASEAN dalam bentuk cerita, gambar dan produk negara-negara ASEAN serta untuk mengetengahkan kepelbagaian kebudayaan masing-masing.

Objektif utama pameran ASEAN Corner ini adalah untuk mendidik belia dan generasi muda mengenai dengan fungsi dan tujuan penubuhan ASEAN di samping meningkatkan jalinan persahabatan di antara negara-negara ahli. Selain itu, dengan adanya ASEAN Corner ini juga memberi gambaran mengenai budaya, cara hidup dan semangat perpaduan negara-negara ASEAN melalui pendidikan informal.

Myanmar Harp                                                                                           Sejenis alat muzik tradisi diperbuat daripada buluh, lazimnya digunakan di kalangan masyarakat tempatan di Myanmar.

A type of traditional musical instrument made of bamboo and commonly used in Myanmar.

Koleksi anak patung etnik-etnik Myanmar                            Diperbuat daripada porcelain. Patung-patung ini menunjukkan sepulu etnik yang ada di Myanmar.

These dolls are made of porcelain. They represent ten ethnic groups in Myanmar.

Myanmar Turban                                                                                     Diperbuat daripada kain dan dipakai oleh kaum lelaki.

This Lacquer ware is made of textile and worn by males.

Lacquer ware round shape                                                               Diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai alas piring.

This Lacquer ware is made of bamboo and used as a plate base.

Lacquer ware oval shape                                                                     Diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai alas piring.

This Lacquer ware is made of bamboo and used as a plate base.

Lacquer ware tray                                                                                     Diperbuat daripada buluh. Digunakan sebagia talam untuk menghidang makanan dan minuman.

This Lacquer ware is made of bamboo. It is used as a tray for serving food and drink.

Lacquer ware pumpkin shape                                                        Diperbuat daripada buluh dan digunakan bagi menyimpan makanan dan perhiasan.

This Lacquer ware is made of bamboo and used as food container as well as decoration.

 Lacquer ware ‘Sunn Oke’ (2items)                                             Diperbuat daripada buluh dan digunakan untuk menyimpan makanan.

This Lacquer ware is made of bamboo and used as food container.

Wooden Picture

Lacquer ware pot

Pakaian tradisi  dikenali sebagai ‘Longyi’ (sarong) and ‘eingyi’ (blouse) & (shirt)

 

KEMPEN MENDERMA DARAH

 Rabu, 22 Julai 2009, Jabatan Muzium-Muzium telah mengadakan Kempen Menderma Darah bertempat di Bilik Discovery, Bangunan Muzium Brunei, Kota Batu. Beberapa orang pegawai dan kakitangan JMM telah memberi sumbangan mereka. Kempen Menderma Darah ini dikelolakan bersama pihak Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

   
       
       
  this commemorative book.    
  .    
       
       
       
       
       
 

   
       
       
             
 

Keluaran buku Muzium

 

 
 

Tajuk: Permainan dan Sukan Tradisi Masyarakat Brunei Darussalam

 
  Sinopsis: Tujuan utama buku Permainan dan Sukan Tradisi Masyarakat Brunei Darussalam adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat umum tentang pelbagai permainan tradisi yang pernah dipraktikan oleh masyarakat Negara Brunei Darussalam di zaman lampau.

Pada masa kini  permainan tradisi ini jarang lagi kita lihat dimainkan oleh kanak-kanak ataupun orang dewasa; hanya beberapa jenis permainan tradisi sahaja yang masih dimainkan seperti permainan pasan, gasing, congkak, kikik dan lain-lain. Alat-alat permainan moden mewujudkan saingan yang kuat terhadap permainan tradisi.

Alat permainan moden lebih canggih dan mudah diperolehi di gedung-gedung perniagaan yang banyak menarik hati generasi masa kini unutk memilikinya dan menyebabkan mereka tidak berminat lagi terhadap permainan tradisi yang pernah dimainkan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

 
     

Harga : BND $5.00  

Waktu di Buka

Opening hours

 

Ahad-Khamis / Sunday - Thursday 

0900 - 1700

 

Jumaat / Friday

0900 - 1130

1430 - 1700

 

Sabtu / Saturday

0945 - 1700

 

BULAN RAMADHAN / FASTING MONTH

Sabtu - Khamis / Saturday - Thursday

0900 - 1500

 

Jumaat / Friday

0900 - 1200

 

* Pintu Dewan akan ditutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir

Entrance will be closed 30 minutes prior to closing

 

Updated February 2010
 ©Brunei Museums Department 2006. All rights reserved. 
 
               
   
 

  

   
  Brief History | Logo | Background | Sections | Legislation | Buildings | Info | Info Heritage Memberships | Publications | Services | Who's Who | Related Sites | Search | Feedback