Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Visi Seni bantu bangun ekosistem industri kreatif negara



BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Jun. - Muzium Brunei dengan kerjasama Brunei Art Forum  telah  menganjurkan Projek Visi Seni 2018 bertempat di Galeri Seni, Dermaga Diraja di Ibu Negara bermula 30 Jun hingga 31 Julai 2018.

Hadir selaku tetamu kehormat melancarkan Projek Visi Seni 2018 tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Melalui projek ini, masyarakat seni akan dapat mempersembahkan projek seni mereka melalui pameran, bengkel, forum dan kegiatan seni untuk tontonan dan penyertaan awam.

 Visi seni berkenaan terbahagi kepada dua pameran iaitu pameran Contemporary Art 'Sudut Pandangan' dan Pameran Pesta Senilukis.

Selain daripada pameran, Visi Seni juga mengadakan aktiviti-aktiviti seni dalam bentuk forum dan bengkel sepanjang projek berjalan.

Projek ini diharap akan dapat menyumbang kepada perkembangan positif seni lukis atau seni tampak selain membantu untuk membangun ekosistem industri kreatif di negara ini khususnya dalam kluster seni tampak.

Visi Seni 2018 adalah projek simposium seni tampak dan satu percubaan untuk mengumpul serta menyatukan persatuan, individu ke satu platform seni.

Ianya direalisasikan oleh rakan strategik seperti Creative Space Art Gallery & Studio, Kaleidoscope Studio, Stain, Rainforest Art Gallery, Jo's Art Gallery and Decor, Mizaty Gallery, The Birdhouse Studio and Arttralia.


Attachments
Created at 8/18/2018 3:06 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 6/18/2019 10:07 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar