Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pameran Regata 2019

Ahad - 25 Ogos 2019 - Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan mempamerkan pameran sempena Regata 2019 bertajuk Melestarikan Warisan Teknologi Melayu : Memburis Perahu.

Regata2019.jpeg

Tema ini dipilih untuk menyebarkan pengetahuan tentang memburis perahu di Kampong Ayer, yang merupakan salah satu warisan teknologi melayu yang masih giat dilaksanakan sehingga kini.

Kerjaya sebagai Pemburis juga mempunyai cabaran tersendiri apatah lagi dengan adanya perahu yang diperbuat daripada 'fibre-glass'. 

Bahan-bahan yang dipamerkan antara lain adalah peralatan-peralatan yang digunakan oleh seorang Pemburis untuk menghasilkan perahu. 

Selain dari itu, beberapa model perahu turut dipamerkan termasuk kegunaan perahu sebagai kemudahan untuk menyeberang dan juga pada satu waktu dahulu, digunakan untuk berjual beli melalui Padian dan Pengalu.


Attachments
Created at 9/7/2019 7:27 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/7/2019 7:28 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar