Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

‘Fire Drill’ di Arkib Negara Brunei Darussalam

17 November 2020 – Dalam memastikan tahap keselamatan pegawai dan kakitangan serta penyelidik yang datang berkunjung sentiasa terjamin, Arkib Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melaksanakan latihan kecemasan (Fire Drill) pada pagi ini.

Fire Drill A.jpeg

Latihan kecemasan ini dilaksanakan sebagai usaha untuk memastikan kesemua pegawai dan kakitangan yang bertugas di bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam mengetahui apa yang perlu dilakukan termasuk laluan keluar dan berkumpul di 'assembly point' apabila berlaku sebarang kecemasan.


Attachments
Created at 11/17/2020 6:41 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 11/17/2020 6:45 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar