Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan ke Pusat Hutan Biotropika, Labi, Daerah Belait

Sabtu, 20 Mac 2021 -  Satu rombongan terdiri daripada Arkib Negara Brunei Darussalam dan Bahagian Etnografi dan juga mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti latihan penempatan di Jabatan Muzium-Muzium telah membuat lawatan ke Pusat Hutan Biotropika yang terletak di Mukim Labi, Daerah Belait.

Penerangan mengenai jenis-jenis hutan yang terdapat di negara ini termasuk beberapa keunikan hasil hutan termasuk alat-alat tradisional turut diperlihatkan.

Rombongan juga dibawa melawat dan melihat secara lebih dekat kawasan hutan dan mengenal jenis-jenis pokok yang ada di kawasan berkenaan. 

Pusat Hutan Biotropika ini adalah dalam kawalan Jabatan Perhutan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan waktu lawatan adalah waktu bekerja sahaja. 


Attachments
Created at 3/30/2021 1:07 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 5/12/2021 6:49 PM by Ariffin bin Mohd Hdali/Md. Ali