Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Alat Kebesaran Diraja


WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.36 (1).jpeg 

 MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA / ROYAL REGALIA MUSEUM

Muzium Alat Kebesaran Diraja dirasmikan pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam, bersempena majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam menaiki takhta.

Officiated by His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 30 September 1992 in conjunction of the Silver Jubilee celebration to mark 25 years of His Majesty's Accession to the Throne as the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.  

Rekabentuk bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja menggabungkan ciri-ciri konsep Melayu Islam Beraja dan mempamerkan alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja Negara Brunei Darussalam.

The architectural design of the museum takes into account the Malay Islamic Monarchy philosophy and exhibiting the royal regalias and customs of Brunei Darussalam.

Terdapat empat buah galeri pameran iaitu:

There are four main galleries :

Alat-Alat Kebesaran Diraja dalam Istiadat Perpuspaan / Royal Coronation

Galeri ini mempamerkan alat-alat kebesaran diraja yang digunakan semasa Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam pada 1 Ogos 1968. Kawasan ni juga mempamerkan Usongan Diraja yang telah digunakan sebagai kenaikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam.

This gallery exhibits the regalias during the Coronation of His Majesty Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah as the 29th Sultan of Brunei on 1st August 1968. The Royal Chariot used during the Royal Procession around the capital is also on display.

Pameran Diraja / Royal Exhibition

Galeri ini mempamerkan sejarah hidup Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam daripada zaman kanak-kanak sehingga Istiadat Perpuspaan Baginda. Gambar-gambar, objek-objek dan model bahan memperlihatkan secara kronologi kehidupan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusssalam seperti latarbelakang pendidikan, aktiviti kesukanan dan Majlis Perkahwinan Diraja. Galeri ini juga mempamerkan alat-alat kebesaran diraja seperti Kucing Emas dan Tongkat Ajai.

The life of His Majesty the Sultan of Brunei from an early age to His Majesty's Coronation are displayed  chronologically through photographs, objects and replicas which also includes His Majesty's early education and sports activities amongst others. This gallery also exhibits the Royal Regalias such as the Kucing Emas and Tongkat Ajai. 

Pameran Jubli Perak / Silver Jubilee 

Galeri ini mempamerkan perayaan-perayaan sambutan Jubli Perak sempena memperingati perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 5 Oktober 1992. Bahan yang dipamerkan ialah gambar-gambar, pita rakaman dan diorama semasa sambutan Jubli Perak termasuk istiadat perarakan diraja di Bandar Seri Begawan, mengadap dan persantapan di Istana Nurul Iman.

The Silver Jubilee Celebration to mark 25 years of His Majesty's Accession to the Throne was celebrated for 15 days and the pinnacle of the celebration take place on the 5th of October 1992, the date on which the reign of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam reached 25 years.  On display are photographs, recorded videos and dioramas including the Procession around Bandar Seri Begawan, Audience Ceremony and Royal Banquet at the Nurul Iman Palace. 

Pameran Jubli Emas: Lima Dekad di atas Takhta Kerajaan / Golden Jubilee

Galeri ini dibuka bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam 50 Tahun menaiki Takhta. Galeri ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam selama 50 tahun di bawah pemerintahan dan kepimpinan Kebawah  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

The Golden Jubilee gallery marks 50 years of His Majesty's Accession to the Throne.  The gallery's main focus are on the historic milestones and country's development from the time of His Majesty's Accession to the throne in 1967 until now. 

 

MISI

“Untuk mempamerkan keindahan warisan diraja Negara Brunei Darussalam”




 

Tiket Kemasukan / Entrance Fees 

​Bukan Residen / Non-Resident 

Dewasa / Adult : $5

Kanak-Kanak Children : $2 

7-11 years old


WAKTU LAWATAN / OPENING HOURS

Isnin hingga Khamis dan Sabtu

Mondays to Thursdays and Saturdays 

9.00 a.m. - 5.00 p.m.


Ahad

Sundays

8.30 a.m. - 4.30 p.m.


TUTUP / CLOSED

Jumaat / Fridays


NOTA / NOTE:

Pintu masuk akan tutup 30 minit sebelum lawatan berakhir

Last entry is at 4:30 pm​


Alamat / Address :

Muzium Alat Kebesaran Diraja
Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien
Bandar Seri Begawan

Telefon : 2238358


​kemaskini 5 Julai 2023