Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGaleri Seni

Galeri Seni.jpg


Bahagian Galeri Seni Jabatan Muzium-Muzium telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan ditempatkan di Bangunan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan di Jalan Residency. Sejak 2007, Galeri Seni telah ditempatkan di Bangunan Galeri Seni iaitu bekas bangunan lama Kastam DiRaja yang terletak di kawasan Dermaga DiRaja Bandar Seri Begawan sehingga sekarang.

 

Galeri Seni menganjurkan pameran, aktiviti, seminar dan bengkel dengan tujuan untuk menggalakkan dan mendidik orang ramai mengenai warisan seni di Brunei. Bahagian Galeri Seni juga bekerjasama dengan artis-artis tempatan dan antrabangsa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti seni.

 

Galeri Seni Bandar Seri Begawan telah menjadi salah satu tempat utama bagi mengadakan pameran-pameran dan acara-acara kesenian. Antara pameran-pameran yang telah dianjurkan ialah ‘Big Ones Little Ones (BOLO)’, ‘World Heritage in Japan Exhibition’ dan ‘Message Stick: Indigenous Identity in Urban Australia’.

 

Sasaran Galeri Seni Bandar Seri Begawan ialah untuk menggalakkan karya lukisan generasi negara yang berkualiti tinggi serta pusat penyelidikan.

 

  • Peranan dan tanggungjawab Bahagian Galeri Seni ialah seperti berikut:
  • Untuk memupuk, menggalakkan dan mengukuhkan dasar kebudayaan kebangsaan Brunei melalui aktiviti seni lukis serta menegakkan falsafah Brunei iaitu Melayu Islam Beraja.
  • Untuk memudahkan interaksi diantara artis-artis tempatan dalam mempromosikan aktiviti seni.
  • Menyediakan  kawasan pameran bagi pelukis-pelukis tempatan negara untuk mempamerkan hasil karya seni lukis mereka.
  • Untuk mendokong taraf dan kualiti seni lukis negara sebgaia persediaan untuk penyertaan di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

MISI

“Untuk mengglakkan dan menghasilkan karya seni lukisan yang berkualiti dari masyarakat umum terutama sekali generasi muda dan menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan seni lukisan bagi peringkat nasional dan antarabangsa.”




WAKTU LAWATAN

Sabtu - Khamis
9.00 a.m - 5.00 p.m

Jumaat
9.00 a.m. - 11.30 a.m.
2.30 p.m. - 5.00 p.m.


 BULAN RAMADHAN

Sabtu - Khamis
9.00 a.m. - 3.00 p.m.

Jumaat
9.00 a.m.  - 12.00 noon


NOTA :
Pintu masuk akan tutup 30 minit sebelum waktu lawatan berakhir


ALAMAT  :

Galeri Seni
Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan
Jalan McArthur